(hmm ada ke pembaca?)
Post aku kali ni sepenuhnya dalam bahasa melayu. Penat la asyik "speaking" je..padahal bahasa english aku pun kelaut..grammar lagi la..ada yang tergolek, tertonggek, dan ada yang lari lintang pukang..hehe..
Hari ini aku hendak berkongsi dengan anda semua pengalaman-pengalaman aku sepanjang aku masih bergelar mahasiswa sehingga aku tamat belajar dengan keputusan yang mencapai tahap "warna terbang"..hehe..
Hmm ok nak mulakan kat mana dulu ya?? oo ya..aku mula daripada masa aku baru tamat peperiksaan SPM tahun 2009. Disini lah bermulanya, aku mencari ke mana arah tuju aku selepas SPM, akhirnya aku telah membuat keputusan untuk tidak bekerja selepas SPM, dan juga tidak akan masuk ke kelas memandu. Masuk bulan Mac 2010, keputusan SPM pun keluar, Alhamdulillah aku mendapat keputusan yang baik dan juga di anugerahi pelajar terbaik SPM dan mata pelajaran terbaik bagi subjek ekonomi (ya aku budak sastera, and I'm proud of it! siapa kata budak aliran sastera tak boleh berjaya? haha..kick your ass off la!!!). Setelah mendapat keputusan SPM yang agak "warna terbang", aku mengambil keputusan untuk "mengappelai"masuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) via UPU (sumpah aku dah lupa UPU stands for what?). Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi pilihanku.. Beberapa bulan kemudian, aku telah diterima oleh UiTM dan menawarkan aku kursus Diploma Pentadbiran Awam (DPA) di Cawangan UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka.
DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM (MAM 110)
"Apa itu DPA?" "DPA tu kos ape ye?" "Bagus ke kos ni?" "Senang ke nak dapat keje?" "pas grad kos ni mesti keje kerani kan?" blah blah blah blah.... ni lah beberapa soalan yang selalu dituju khas untuk aku sebelum memulakan pengajian, sampai nak muntah hijau aku nak jawab! Heyy Hello! aku pun tak tahu kursus ni apa yang dok pi tanya tu wat pa?? Aku nak kos tourism! Aku tak mahu belajar kos ni!! Dengar kata belajar pasal Government and Politics..OOMAIIGADD OMAIIGADD OMMAIGGAD! Politik? Kerajaan?? Kejadah?? aku bukan minat benda benda pasal ni kot! LIKE SERIOUSLYYYY???
Perkara di atas ni adalah sebahagian kecelaruan mental aku time di offerkan kursus ni. Tapi ni dulu la..makin lama makin ummpphh laaa..boleh la gak aku hadam dengan kursus..tak adalah sampai tak boleh nak carry onnn ooo ooo ooo *sambil nyanyi lagu carry on by FUN* all the subjects. Ok, berbalik semula kepada cerita..masuk la aku ke UiTM Melaka dengan hati yang lara..
Pengalaman-Pengalaman Sepanjang Bergelar Mahasiswi
Semester 1
Disaster!! Gila tak Gila! Sape kat level ni satu kelas ngn aku?? oo ko dak DPA1eff kan?? Lee jom kita jalan sama-sama Mana kelas ni weyhh??? kat mana B102?? Weyhh kita salah masuk kelas la, ni B105, bukan B102! What the F**k with those assignments?? Apsal aku dpt PBSM weyhhh?? eee En. Sahak ni xleh nak berhenti membebel ke?? Hahhh??? Induction Part1? Amik signature seniors?? disuruh senior nyanyi lagu waka-waka?? lagu apa tu?? hahaha...
(SUMPAH AKU RINDU PART 1 OK!! masa part1 aku tak rasa apa-apa..tapi bila dah habis memori-memori ni la yang paling sweet sekali bagi aku! kenangan manis semasa bergelar part1! serious, innocent glerr!! paling best dapat bestfriends baru "Lee" dan "Leah"! dan mereka berdua still being my bestfriends eventhough dah tamat diploma)
Result : Dean List (Dekan)
Semester 2
Sudah adapt dengan suasana di UiTM melaka, but still bengong tak tahu nak buat assignment guna format yang betul macam mana..lantak lahhh..semester 2 ni all things goes well.. except kokurikulum! like seriously?? PBSM SUCKSS OK!!! oo ya semester 2 ni la aku jumpa jejaka idaman aku dan juga cinta pandang pertama aku/cinta tepuk sebelah tangan aku/cinta tak kesampaian sebab dia tak sedar pun kewujudan aku langsung okay!!!!! sedih tawww...nak buat cam mana?? dia HOT aku COLD! dia KACAK aku GEMUK!! Tak layak langsung!! dah macam burung pipit dengan gajah!! so aku buat keputusan untuk lihat dia dari jauh je..tak berani weyhh..SUMPAH! bila dekat dengan dia automatik, saraf-saraf dan otot-otot aku tak berfungsi, perut memulas, mulut aku..tak payah cakap..TERNGANGA WEYHH WA CAKAP LUUUUUUU!!! SUMPAH NI SEMUA BETUL-BETUL TERJADI! BUKAN PROPA WEYHHH!! dah dah enough about my love at first sight..lain kali aku akan buat satu post khas tuk si dia..idaman dihati..sampai sekarang tau weyhh!!
Result : PASS (LULUS)
(SUMPAH AKU SEDIH GILERR!! tak dapat dekan tuk sem ni!! waaaaaa!!!! tu la main-main lagi!! macam mana la koko aku boleh dapat C? C!!! TAK GUNA PUNYA PBSM!!! HATE CHUU HATE CHHUUUUU!!!)
Semester 3
Semakin improve.... subjects semua boleh bawa ...Alahmdulillah... Lecturers semua ok! tak ada psyco gangnam style bagai kat pelajar... last koko means last jumpa en.sahak!.. Terpilih menjadi JPK Kolej... dapat jumpa si dia selalu, skodeng la apa lagi!haha... semester yang paling tenang dalam hidup aku... *sambil menghirup udara segar air-cond*
Result : Dean List (Dekan)
Semester 4
Aku stresss!!! apsal statistics ni susah sangat?? dah la aku lembab bab-bab mengira ni?? kejadah proBABIlity ni??? Ehh?? YDP Kolej dah berhenti?? Aku?? YDP Baru??? ehhhhh!!!! event event event..apsal dorang tak nak turun event aku?? sedihnyerr!!!! Ehhh si dia sem ni last sem la!! dah tak dapat jumpa dia lagi!!! waaa sedihhh!!! paling sadis dia langsung tak kenal aku!!!! Crappp!!! everything not goes well as a plan...macam dah boleh agak yang result akan turun untuk sem ni..dengan subjects yang agak tough and masalah kolej yang timbul..hmmmmmmmmm..
Result : Dean List (Dekan)
(prrfttt..memanglah dekan tapi pointer jatuh kowt!! watdehelll!! tak kisah laaaa, janji dekan..ade yang lagi sedih!! semester 4 ni la semester terakhir aku dapat jumpa dengan my love at first sight! dia dah final sem pun..sedihhh..dah tak dapat jumpa dia lagi..dia dah la tak kenal aku..aku je beria tengok dia dari jauh..kawan-kawan aku semua suruh aku tegur dia at least ambil gambar dengan dia ke apa ke..janji ada kenangan..tapi aku ni loser sangat!! ye laaa mana tak loser!! dia HOT aku Cold!! kat Facebook pun kenalan pompuan dia semua hot-hot kowt!! hmm tak apa la, bukan jodoh aku pun..aku tak layak pun, nak berdiri sebelah dia pun dah tak layak apa lagi nak jadi suri kat dalam hati dia tu..aishh tepuk sebelah kaki la jawabnyerr!!! oo ya, even sem ni yang paling hampehh dan sedehhh ade gak perkara yang happy telah berlaku..ok! birthday prank made by Lee, Leah and otherss..thanks guys...thankss dengan segala bedak, kek, jajan yang you alls bagi tu..thanks alot! love xoxo)
Semester 5 (Akhir)
Everything happen for a reason...aku dah mula sesuaikan diri aku sebagai YDP kolej..macam-macam kenangan untuk sem terakhir aku sebagai mahasiswi UiTM Melaka..jumpa kawan-kawan baru dari UTeM dan UiTM Sri Iskandar, Perak..jalan-jalan di Putrajaya sambil melawat Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negara bersama kawan-kawan sekelas..memang best! Boleh la hilangkan sedikit perasaan rindu kat cinta pandang pertama aku tu..sedih kann..tak dapat nak jumpa dia lagi! sampai sekarang..padahal ada je dia datang melawat UiTM Melaka, cuma time dia melawat tu dan-dan pula kolej aku ada lawatan ke UiTM Perak..nampak sangat aku tak ada jodoh kowt dengan dia!! aishhh..tak apa la..lagipun aku bukan pompuan yang baik sangat..lipat baju tak ghetiii..apa lagi memasak kan...haha..enough..about subjects..SUMPAH sem ni all subjects are KILLER ok!!! dah la membaca semua..macam nak pecah jugak la otak aku nak menghafal semua nota..sampai menangis-nangis pun ada gak!!! Tapi Alhamdulillah berkat doa mak bapak aku..aku berjaya juga menjawab the very last final exam dengan baik. Result Alhamdulillah jugak "warna terbang" hehe..
Alhamdulillah!! Tamat sudah pengajian aku selama dua tahun setengah di UiTM Melaka dan sekarang bergelar Alumni Diploma Pentadbiran Awam..syukur syukur...
hahhhh..siapa kata kalau kita amik kursus yang kita tak minat kita tak boleh berjaya?? aku boleh je!! tak mati pun!!haha..janji ada usaha semua boleh jalan derrr...minat pulak boleh dipupuk insya Allah korang boleh bawak punya laaa!! Ok, Salam!
"USAHA ESCALATOR KEJAYAAN"
Yang Benar, 10 Disember 2012
Naddine
(Alumni Diploma Pentadbiran Awam)
tahniah :) tmpang tanya kos nie ada kena blajar math x? sy aliran sastera jugak skrang nie tgah cari info psal kos dkat uitm.. nak isi upu nnti...
ReplyDeletesekarang kerja apa?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak. Bidang diploma pentadbiran awam ini ada temuduga tk?
ReplyDeleteHi kak Nad. Boleh bagi cara kak Nad belajar x? email; estelleasong@gmail.com Thankyou ^^
ReplyDeleteKalau nak sambung law degree berapa ye pointernya
ReplyDelete